MALAS BUKAN ALASAN UNTUK MALAS BERSENAM

Tuesday 9 January 2018

MALAS BUKAN ALASAN UNTUK MALAS BERSENAM


Assalamualaikum and hye readers~



Dah lama rasanya tak bersenam. Hari Sabtu lepas ai tak lepaskan peluang untuk menyertai Girl Only Dance Party yang dianjurkan oleh JK1M. Sejak jadi very busy woman ni, nak pandang sport shoes pun macam seram sejuk. Lepas tu bising, berat naik berkilo-kilo lah, double chin lah. Macam-macam benda nak merungut. Tapi usaha nya tak ada. Kalau duduk depan pc je sambil jari menaip dan kaki bergoyang-goyang boleh ke nak kurus?



MALAS BUKAN ALASAN UNTUK MALAS BERSENAM



Sebenarnya, blogger Kak Saidila yang ajak sertai Girl Only Dance Party ni. Event ni anjuran Kevin Zahari. Tapi nama pun girl only, sudah semestinya Kevin Zahari tak ada. So, jangan lah tanya mana Kevin nya. Tak cakap banyak, ai terus setuju. Event diadakan di Stadium Panasonic Shah Alam. Dekat sangat dengan rumah. Kalau jalan kaki, memang tak berparty lah malam tu sebab kaki dah tertinggal separuh jalan.


Ai ni tipikal gadis-gadis Malaysia je. Bila nak pergi tu mulalah tak confident. Nak pakai baju apa? Kasut sesuai ke tak? Over ke dress up macam ni? Padahal pakai baju dengan seluar track je pun. Tapi disebabkan baru pertama kali nak join event yang macam ni, terus tak ada keyakinan diri. Tapi bila ai sampai je di sana, yang berjubah, yang hanya pakai sport bra dan macam-macam lagi lah gaya. Semua ada. Nama pun party kan, so memang bergaya habis lah masing-masing.



MALAS BUKAN ALASAN UNTUK MALAS BERSENAM
Belle Dance by coach Jonathan.



Perkara yang paling mengagumkan ai, bila ramai muslimah yang menyertai event ini. Daripada seawal usia kanak-kanak sehingga lah dah pangkat mak cik pun ada. Ada sorang mak cik tu ai rasa umurnya sudah mencecah 50an, tapi masih berminat untuk menyertai aktiviti sihat macam ini. Tahniah makcik! Saiz tak payah cakap lah. Besar kecil tinggi rendah bulat semua ada. Terus rasa seronok. Tiga jam pun ai pejam mata je. Dah lama tak keluarkan peluh sihat macam tu.


Event ini dibahagikan kepada tiga jenis tarian iaitu Masala Banghra oleh coach  Shah Bariah, Belle Dance oleh coach Jonathan dan Zumba Fitness oleh coach Zin Ray dan Zin Bella. Selepas setiap satu tarian mereka akan pilih seorang peserta terbaik daripada 5 orang peserta yang terbaik. Dapat hadiah ok. Bukan main 5 orang peserta terpilih tu tunjuk bakat masing-masing atas stage. Sporting habis. Thumbs up! 👍



MALAS BUKAN ALASAN UNTUK MALAS BERSENAM
Lebih 300 orang peserta yang hadir.



Pada ai senaman ni penting untuk menjaga kesihatan. Bukan untuk kurus semata-mata je tau. Yang tengah berdiet tu lagi lah perlukan senaman. Biar seimbang kurus dan sihat. Jangan asyik nak kurus tapi tak sihat. Senaman juga bukan hanya untuk orang yang kurus dan urban sahaja. Apa pun saiz dan cara hidup korang, senaman tu penting. Kalau berjalan kaki sahaja pun dah ok. Asalkan keluar peluh sihat tu. Jangan malas-malas tau. Kalau ada lagi event yang macam ni, confirm ai nak join lagi!




aisyaismail

46 comments:

  1. Event yang bagus.
    Meriah penyertaannya.
    Kadang2 kalau nak senam sensorang tak jadi jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumlah sebenar 500+ peserta, tapi ramai yang tak hadir.

      Delete
  2. bagus join aktiviti gini, selain dapat bersenam dapat ramai kawan.. ramai yg join tu ye

    ReplyDelete
  3. Best nya ai dapat join macam ni. hakak senam kat rumah ikut kat youtube je ngan anak2 ni lebih aman senam kat rumah. hehe

    ReplyDelete
  4. Ala, nape tak tau ni awal-awal. Teringin sangat nak join benda-benda macam ni. Nak exercise badan. Lemau sangat dah ni. DAh la dekat Shah Alam, dekat sangat ha

    ReplyDelete
  5. kadang join aktiviti macam ni memang bagus utk motivatekan diri kita untuk lebih sihat dan lebih fit.. buat sorang sorang banyak hasutan luar..hahaha.. saya pon join jugak kadang kadang.. hiking and so on.. bestt moment tauu..

    ReplyDelete
  6. Event yg bagus. Mcm emi kadang tak sempat nak join event mcm ni. Just bersenam kat gym selepas waktu kerja je.

    ReplyDelete
  7. Wah bagus tarian ni untuk kesihatan yang berpanjangan.

    Teruskan menyihatkan body.

    ReplyDelete
  8. bagus aktiviti macam ni, tempat sha ptg ptg ada senamrobik tapi yang sedihnya start pukul 5.30 which is time tu sha baru je habis kerja, nak join memang taklah haha tapi duk bising jugak berat naiklah apalah :3

    ReplyDelete
  9. Ramainya gegel dalam event ni..mesti meriah kan..nak2 ada tarian..bagus menari ni..untuk kesihatan..kalau nak badan cantik elok menari..

    ReplyDelete
  10. bagus event ni.. ramai-ramai join takadalah segan sangat malahan lebih meriah

    ReplyDelete
  11. bila semua gegurl ...apa kita nak buat pun tak segan kan...ada rezeki Sal nak join gak sebab agak lama jugak la tak bersenam

    ReplyDelete
  12. Saya memang paling malas bila sebut perkataan bersenam terus rasa berat badan ini dan kaki ini untuk begerak hehehehe sorry...

    ReplyDelete
  13. Kalau sensorang memang tak bersenam lah jawabnya. Good activities buat semua wanita beriadah dan sihatkan badan. Pasti seronok kan?

    ReplyDelete
  14. sejak lutut injured tak dapat nak berzumba, saya memang minat berzumba dance.. windu saat itu

    ReplyDelete
  15. Bukan alasan..tapi serius malas, sebab tu lah jadi badan macam ni..hehehe. Selalunya bila teringin nak bersenam..dok asyik kata besok2..last2 besoknya entah kemana..:D

    ReplyDelete
  16. exercise memang best. tapi Shah Alam jauh utk I

    ReplyDelete
  17. wow didnt know got such event! but it's good to cultivate the habit of exercising!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah you need to try it. Maybe zumba for man.

      Delete
  18. Wah! Bestnyw kalau ade event macam ni. Baru la ade semangat naka bersenam.nak buat sorang2 memang bercinta la.

    ReplyDelete
  19. alamak.. mcm diri sendiiri je ni.. Kalau bersukan ini mmg best.. nk start tu ya allah malas gile.. ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Kalau dha start jangan stop. Nak mula balik payah.

      Delete
  20. hahaha..senam dkt bilik ja la jwpnya haha

    ReplyDelete
  21. betul malas bukan alsan untuk tak bersenam, sekarang dalam wishlist I target nak beli treadmill tapi yang manual lah no need eletrik bagai haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh sama laa nak thread mill. tapi mahal now so kiv dulu.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D