Dari suka-suka jadi minat

Friday 14 August 2015

Dari suka-suka jadi minat


Dari suka-suka jadi minat. Dah lama sangat tak blogging. Dulu semasa zaman belajar di kolej dan universiti, Ai agak aktif juga blogging. 

Ai suka menulis. Masa sekolah dulu selalu dapat markah A untuk karangan. Acah-acah nak jadi penulis novel kononnya. Kononnya laa! Padahal tak minat pun menulis novel.

Bila blogspot ni tengah famous masa tu, Ai pun acah-acah penggemar tegar blog. Inilah permulaan Ai menjadi seorang blogger picisan pada tahun 2008.

Bercerita merapu entah apa-apa, siap luahkan segala perasaan suka, duka, kecewa. Hahaha! Belum lagi masuk luahkan masalah bergaduh dengan teman lelaki. Warna-warni blog tak payah cakap la kan, seceria kehidupan Ai. 

Blog mula terkubur


Tapi bila Ai habis belajar, Ai da mula jarang melekat dengan laptop dan menulis pun tak ada masa. Ok ni cari alasan, padahal malas. Dengan secara rasminya blog Ai pun terkubur.

Dari suka-suka jadi minat

Entah macam mana selepas beberapa tahun terkubur, pagi tadi Ai buka balik blog www.aisyaismail.blogspot.com. 

Tudia.. Tak sangka dulu-dulu Ai salah seorang yang buat karangan menggunakan ejaan "diew" "sayew" "cayunk" dan seumpama dengannya. Rasa macam... eiuwww.. Kita eja macam tu?? Hahahah!

Belek punya belek baru perasan banyak sangat gambar Ai tak pakai tudung. Memandangkan Ai sekarang mula cuba untuk buat perubahan, Ai pilih untuk delete semua gambar-gambar tanpa mencacatkan blog tu. Sayang tau.. Zaman-zaman muda remaja punya kisah-kisah. 

Hilang yang lama muncul yang baru


Saat-saat mendebarkan pun bermula apabila Ai dapati blogspot dah tak boleh nak masuk menggunakan email Yahoo. 

Semua kena buat perubahan dan gunakan email Gmail, tapi Ai memang pengguna email Yahoo tegar kononya masa tu. 

Bermula lah episod Google mencari jalan selesaikan masalah. Alhamdulillah. Berjaya juga masuk ke dalam blog. 

Selepas beberapa jam buang itu, buang ini, buang sana, buang sini, makin banyak pula benda-benda yang yang rumit dan Ai tak faham. 

Disebabkan Ai tak tahu macam mana nak buang semua benda tu, Ai pilih untuk nyahaktifkan je blog tu. 


Sedih la juga tapi tu cuma blog. Macam kelakar je nak sedih-sedih semua. 

Macam tak best pula bila takde blog ni. Tadaaaaa! Blog Aisya Ismail  kembali semula. Hahahaha gigih Ai create URL baru. Kihkihkih!

Ok sampai di sini sahaja entri Ai. Nak edit blog ni jap. Banyak nak kena belajar balik ni.
Bubbye~

1 comment:

  1. Jangan lupa update selalu... ada je yang singgah dan suka baca blog Aisya

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D