YANG HIDUP PASTI AKAN MATI

Thursday 14 December 2017

YANG HIDUP PASTI AKAN MATI


Assalamualaikum and hye readers~



Pagi semalam sebaik sahaja ai sampai office, ai dikejutkan dengan berita mak long sebelah husband ai meninggal dunia. Al-fatihah. Terkejut dan macam tak percaya. Sehari sebelum tu sihat je, siapa sangka semalam dia pergi meninggalkan dunia ini.



YANG HIDUP PASTI AKAN MATI



Selepas selesai pengebumian jenazah, ai berkumpul di rumah mak saudara sebelah husband. Ibu mertua ai dengan kakaknya dan sepupu-sepupu sebelah husband flash back balik kisah-kisah lama. Tiba-tiba ibu mertua ai cakap "kalau nak pergi sekejap je. Kita tak tahu bila masa kita pula. Solat tu kena jaga, jangan tinggalkan".


Ai berfikir sejenak, bila tiba masa ai pula nanti, dah cukup ke amal ibadat ai di dunia? Sudah bersediakah ai bila tiba waktu itu? Bersedia atau tidak, ajal maut itu di tangan tuhan. Allahuakhbar. Insaf sekejap. Mungkin sebab itulah kita disuruh sentiasa mengingati mati. Bila mengingati kematian, secara tak langsung kita sendiri akan berfikir apa nasib kita kelak. Sampai bila kita hidup? Bagaimana pengakhiran kita nanti? Sedikit sebanyak menginsafkan kita yang sedang terleka dengan duniawi.


Sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat. Dan luangkan sedikit masa untuk sedekahkan Al-fatihah kepada arwah maklong ai. Semoga roh nya dicucuri  rahmat. Aamiin.




16 comments:

  1. Takziah utk Ai sekeluarga dan Al Fatihah utk arwah.
    Mak dgn ayah akak pun meninggal mengejut.Pagi masih berbual ,tengahari dah xde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak. Takziah jugauntuk kak saniah. semoga roh mak dan ayah kak saniah dicucuri rahmat.

      Delete
  2. Innalillah... al fatihah kepada arwah dan takziah kpd keluarga. :(

    ReplyDelete
  3. Memang.. Tu lah kita kena ingat selalu tentang mati sebab mati ratus diantara 3 rahsia yang tidak dapat diketahui oleh setiap orang umatnya

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  5. Salm Jumaat. Betul tu, yang hidup pasti akan mati dan bertemu denganNYA

    ReplyDelete
  6. Innalillah, Moga arwah ditempatkan dikalangan orang mukmin... Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  7. Takziah ai.. Tapi memang betul pun.. Kematian datang tak bertanda.. Tau-tau je dah tiada.. Semoga kita semua berusaha menambah amal sebagai bekal disana..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D