GAMES DI TELEFON PINTAR SUDAH TIDAK SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK

Saturday 18 November 2017

GAMES DI TELEFON PINTAR SUDAH TIDAK SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK


Assalamualaikum and hye readers~



Siapa suka main game sebelum tidur, angkat kening sekarang. Ai memang suka main games, tapi selected games lah. Handphone yang ai gunakan dah tak support banyak games. Dah terlalu berat dengan aplikasi-aplikasi yang semakin canggih dari sehari ke sehari. So, ai hanya install game yang ringan-ringan sahaja seperti Candy Crush dan Garden Mania 2. Pernah main tak?



Gambar hasil carian di google.com.



Eh, ai still main Candy Crush lagi? Mestilah. Ai main bila ada kelapangan dan kebosanan. Garden Mania 2 tu ai akan main selalunya sebelum tidur. Kalau anak-anak buah merengek nak main game pun ai akan bagi Garden Mania 2 tu. Sebab game tu santai-santai je. Ai tak berapa setuju ibu bapa memberikan gadget kepada anak-anak, tapi sekali-sekala tak salah. Tengok-tengok jeling-jeling sikit apa yang dibuatnya.


Ai pasti ramai tahu, aplikasi games di telefon bimbit semakin hari semakin dipenuhi dengan iklan. Habis satu level, pop up iklan. Kadang-kadang, tengah syok main games, pop up iklan. Korang tak hangin? Yang iklan di footer tu pun satu hal. Nak tekan lain mesti tertekan iklan tersebut. Iklan-iklan ni kalau dulu cuma promote kan games sahaja. Makin lama makin advance. Digi, Maxis, land property and Lazada pun ada tau. Ai memang akan rasa semak setiap kali pop up iklan tu. Tapi disebabkan nak juga main game, ai abaikan. Nak bergaduh dengan iklan pun, dia tetap akan menang. Siapalah ai ni kan jika nak dibandingkan dengan iklan tersebut. So ai biarkan. Memang itupun pilihan yang ada. 


Tapi sejak akhir-akhir ni, iklan-iklan yang ai sebutkan di atas sudah tidak muncul lagi. Ini sudah bagus. Tapi malangnya, iklan lain pula yang pop up. Setiap kali habis satu level, iklan perempuan berpakaian ketat sendat keluar. Tak kurang juga yang memakai hot pant dan menari-nari tak tau lah tarian apa. Iklan aplikasi live tah hape-hape semua ada. Nak lagi dahsyat lagi? Tak payah lah cerita di sini. Yang pasti kalau tak sengaja atau dengan sengaja tekan, korang akan masuk ke aplikasi yang ............



Gambar hasil carian di google.com.



So, macam mana ai nak bagi anak-anak buah ai main game lagi? Off wifi, off mobile data? Game sekarang pun memerlukan wifi or data. So, nak elakkan anak-anak buah yang kecik-kecik ni tertengok benda bukan-bukan, layan lah youtube for kids sampai lebam. Kalau korang ada games yang ringan dan tiada iklan atau aplikasi khas untuk kanak-kanak yang confirm mereka suka, bolehlah kongsikan dengan ai.






16 comments:

  1. hmm betul. bila main game kt phone jadi ralit sgt.

    ReplyDelete
  2. Sy mmg dri dulu xminat game.. tp xsangka plak ank pon xminat..hehe.. senang sbb die xmerengek nk game kan.. xde nk mntak phone org ke.. budak2 mmg jgn digalakkan..nnti ketagih, kita pulak yg susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak kalau boleh elakkan lah dengan games. tapi bila dia tengok budak lain main, dia pun nak juga.

      Delete
  3. betul tu ai, iklan tah apa apa :( the reason why sha still main pou sebab takdak iklan tah papa tu la :') hehe

    ReplyDelete
  4. jangan biarkan anak-anak kecil main game selalu nanti ketagih..kalau ketagih buruk padahnya..huhu..

    ReplyDelete
  5. Betul!! Sekarang game banyak tetiba muncul iklan. Dan kadang2 keluar juga iklan yang tak sepatutnya untuk kanak-kanak.

    Ai main lagi Candy Crush? Wow!! Siqah dah uninstall. Macam nak main semula je lak. Hihi. Sekarang Siqah main game Word Jam. Cubalah nanti :D

    ReplyDelete
  6. Game mmg xde dlm hp akak atau anak akak..mmg x bg..kang x ingat belajar plak kan..

    ReplyDelete
  7. YouTube nowadays also bombarded with advertisement. I don't allow my kids to watch YouTube.. I let them scroll on YouTube Kids instead.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D