DARI MATA TURUN KE HATI

Saturday 4 November 2017

DARI MATA TURUN KE HATI


Assalamualaikum and hye readers~


Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sudah setahun ai bergelar seorang isteri. Fuhhh ini bermakna sudah setahun ai berjaya menjalani liku-liku onak duri alam berumah tangga. Semoga hubungan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kami berdua. Aamiin. I love you husband!



Traditional theme wedding.



Jangan kecam ai berdoa dekat blog. Ai cuma tulis je, bukannya berdoa tadah tangan depan pc.  Jangan salah faham ye. Doa ai kat tempat dan di waktu lain, tak payah cerita lah. Biar ai je yang tahu.


Selama ai blogging, encik husband tak pernah larang pun. Dia selalu support apa yang ai minat walaupun kadang-kadang berjam-jam ai mengadap laptop. Kadang-kadang je tau. Dia pun tak ada lah sibuk-sibuk time ai menulis time tu lah nak spot check apa yang ai tulis. Lagipun dia bukan jenis yang rajin baca karangan panjang berjela. Tapi ai tahu, kadang-kadang dia stalk juga blog ai and ada juga datang mood terlebih rajin komen entri ai.


Encik husband pernah tanya pada ai, kenapa tak pernah cerita pasal dia dalam blog. Urmmm ai tak ada jawapan. Sebab ai tak tahu apa yang nak diceritakan. Kalau cerita yang sweet-sweet, orang menyampah and cakap ai nak menunjuk. Kalau cerita yang sour-sour, dah kira mengaibkan suami dan rumahtangga. BERDOSA! As long as ai ada sebut sikit-sikit pasal dia, and orang tau status ai as wife orang ok lah kan? Semperna anniversary kami yang pertama ni, meh sini ai ceritakan sikit sejarah percintaan kami. Ecewahhh. Cerita panjang, ai cuba ringkaskan.


Kami kenal semasa sama-sama belajar dulu. Encik husband kawan kepada bestfriend ai. Kenal pun daripada bestfriend ai. Bermula daripada kami berdua kuat menjoyah bersama, sampailah selalu lepak sama-sama sampai lah tersuka sama-sama. Orang kata jangan jadi orang tengah, nanti kalau dah tersuka susah. Macam tu lah mula-mula, sibuk nak tolong carikan girlfriend last-last tersangkut. Tapi kami ni menjadi pun mungkin sebab doa kawan-kawan sebab asyik digosipkan bercinta walaupun masa tu kami hanyalah kawan baik. Masa tu tak terfikir nak kahwin apa semua. Sangat muda kan, mana fikir masa depan sejauh tu. So dengan confident kami plan kahwin sembilan tahun akan datang. Siap countdown, setiap tahun tolak satu tahun. Confident jodoh sangat time tu. Tak fikir langsung liku-liku kehidupan akan datang.





Kata-kata tu kan satu doa. Maybe sebab kami asyik sebut nak kahwin sembilan tahun akan datang, waktu dah bersedia nak kahwin mesti ada je halangan. Gaduh tak payah cakap lah. Perasaan benci semua pernah. Dugaan sana sini situ sinun semua ada. Give up pun pernah. Tapi kalau dah tertulis jodoh kita, lari ke kutub utara pun tetap berjodoh juga. Bila dah dapat seru nak kahwin, tarikh yang kami pilih tu adalah anniversary kami yang ke sembilan tahun. Tapi kami awalkan sehari sebab nak nikah hari jumaat. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang kami harapkan. Masalah tetap ada, tapi tak serious macam zaman bercinta. Hehehe!


See, kata-kata tu kan satu doa. Alhamdulillah, sekarang kami dah pun bergelar suami isteri. Dan hari ini adalah ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat kami berdua. Doakan yang baik-baik untuk kami ye.


Happy Anniversary, Husband!






6 comments:

  1. Happy anniversary buat ai dan en suami.
    Semoga kekal bahagia selama2nya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Happy anniversary sis! Wish you nothing but happiness ever after :)

    ReplyDelete
  3. Alamak..terlambat pulak..Happy anniversary ai :*

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D